Wednesday 2 May 2012

Senjata Terhebat...





Kita sedarkah senjata kita itu apa?
Sombongnya kita, ketika ALLAH mengharapkan hambaNYA meminta kepadaNYA, tetapi kita masih juga tetap dengan sifat angguh, ego dan menyombong diri. Berdoalah dengan jelas kepada ALLAH...pintalah apa yang di hajatkan dengan jelas dan ikhlas.


ALLAH menantikan hambaNYA meminta kepadaNYA, insyaALLAH akan dimakbulkan sama ada di dunia ataupun di akhirat. Bersabarlah tika permintaan kita lambat untuk dimakbulkan kerana ALLAH lebih tahu kebaikan permintaan itu kepada diri kita ini...


Rasulullah pernah bersabda “Doa adalah senjata seseorang mukmin”. 


Doa lah senjata terhebat itu, sedar kah kita?


Sedarlah wahai manusia.. sedarlah...



Ketika yang mustajab berdoa yang telah masyhur disisi ahlinya, iaitu;

a) Tiap-tiap lepas solat fardhu.
b) Satu pertiga yang akhir daripada mana-mana malam, istimewa pula pada malam jumaat  (dahulu daripada masuk waktu subuh).
c) Lepas daripada solat asar (di dalam waktu asar hingga jatuh matahari tiap-tiap hari jumaat).
d) Lain ketika hendaklah mengikut bagaimana yang telah disebut pada tempat yang berkenaan dengan mana-mana surah, ayat selawat dan lainnya.
e) Jikalau sekiranya kita ada terkena kesusahan apa-apa, tiada masa bagi kita menunggu ketika yang ditentukan itu, bacalah dan mintalah doa pada mana-mana ketika. Allah s.w.t sedia menerima doa tiap-tiap seseorang yang dikehendakiNya dan yakinlah dengan kuat bahawa Allah mengurniakan apa-apa permohonan kita dan Allah jua yang berkuasa di atas tiap-tiap suatu. Berserahlah kepadaNya. Mafhum sabda Rasulullah “Sesiapa yang tidak berdoa memohon daripada Allah Taala nescaya mengenai ke atasnya kemurkaan”.  Mafhum sabda Rasulullah juga “Sesiapa yang ingin supaya Allah menerima dan memperkenankan permohonannya pada masa datang bala atau pada mana-mana masa kesusahan, banyakkanlah berdoa pada masa di dalam kesenangan”.

Hendak berdoa kenalah ada adabnya...
Syarat-Syarat dan Adab Berdoa;

Siapa- siapa yang berdoa hendaklah menyempurnakan segala syarat-syaratnya dan mengikut bagaimana adab-adabnya. Adapun syarat-syaratnya ialah;
i) Hendaklah berhenti daripada mengerjakan maksiat dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang walau sedikit umpama makanan sesuap makanan yang tiada halal pun.
ii) Hati tetap ingat kepada Allah s.w.t dan sentiasa khudhu’ (tunduk/rendah diri), sehingga sekejap pun jangan lalai ke hadrat Allah s.w.t
iii) Yakin di hati dengan tiada syak lagi bahawa permintaan kita itu diperkenankan Allah s.w.t  sebagaimana mafhum sabda Rasulullah “Bahawasanya Allah s.w.t  Tuhan kamu ialah Tuhan Yang  Hidup dan sangat Pemurah dan Pemalu jika tidak memperkenankan doa hambaNya”.
iv) Mana-mana hajat yang dipohon ketika berdoa itu janganlah tertinggal pada cita-cita sahaja dengan tiada diusahakan ialah jika berkenaan dengan ringan tulang dan ikhtiar yang berhubung di antara satu dengan lain.
Sementara adab berdoa pula, Dato’ Perdana Menteri menyatakan sebagaimana berikut;
i)  Bersih daripada segala hadas.
ii) Mengadap kiblat, duduk bertimpuh seperti kedudukan tahiyyat awal.
iii) Waktu berdoa mengangkat dua tangan sampai berbetulan dengan bahu dan menjadikan tapak tangan ke pihak muka dan jangan memandang ke pihak langit.
iv)  Mulai dengan memuji Allah s.w.t  umpama membaca allahamdulillah  dan berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
v)  Mengumumkan doa selamat sejahtera bagi kita dan bagi sekalian manusia.
vi)  Mengaku kejahatan diri sendiri dan bersungguh meminta ampun kepada Allah s.w.t .
vii)  Ketika berdoa, ingatlah apa-apa  yang dihajati.
viii) Sesudah habis berdoa sapulah kedua tangan ke muka (meraup muka).



No comments:

Post a Comment