Saturday 22 September 2012

Sifatku dan Sifat Nya

Bismillahirrahmanirrahim..



Selamat memulakan sem baru. Hari-hari sibuk penuh dengan assignment dan kuliah kini kembali. Tidak apa dik, ikhlaskan hati. kita buat semua ini untuk siapa? Allah bukan..

Tergerak hati untuk berkongsi dengan adik-adik tentang satu ceramah agama yang akak hadiri di sebuah masjid yang bertempat di seksyen 2 Shah Alam.

Ceramah beliau dimulai dengan alunan zikir Qad kafani 'ilmu Rabbi. SubhanAllah....merdu sunguh! Si pengalun mengalunkan dengan sepenuh jiwa hingga menitiskan air mata pendengarnya. menusuk ke jiwa. natijahnya... hati rasa aman dan tenang. Subhanallah... islam itu indah kan dik ^_^

Oh ya, penceramah itu muda belia lagi :)

Seterusnya, beliau meneruskan ceramah dengan menyatakan sifat-sifat Allah.

Allah maha mendengar
kita juga hambanya boleh mendengar

Allah maha melihat
kita juga hambanya bisa melihat

Persoalannya.....

sama kah sifat melihat Allah dengan kita?

Setahu akak haram hukumnya menyamakan sifat Allah dengan makhluknya sebab memang hakikatnya tidak sama. Sifat melihat Allah tiada batasnya. Tiada satu pun yang berada di alam buana ini terlepas dari pandangan Allah. Tapi sifat melihat kita, hanya seluas mata memandang.

Sama kah sifat mendengar Allah dengan kita?

Sudah tentu tidak.

Tiada satu pun bunyi yang tidak boleh didengari Allah.
Tapi kita, hanya semampu telinga mendengar.

Ya, akak tahu, semua orang tahu perkara ini. Cuma apa yang akak mahu katakan di sini... jangan samakan sifat Allah dengan kita walaupun kita boleh mendengar dan begitu juga Allah, kerana hakikatnya tidak sama.

Lagi satu, bila seseorang bertanya kepada kita tentang bilangan Tuhan kita yakni hanya Allah, jangan jawab 'Tuhan saya satu'. Tapi jawablah 'Tuhan saya esa' atau Tuhan saya tunggal'. Kerana bila kita jawab satu, bermakna ada lagi seterusnya. Wallahualam...