Sunday 6 May 2012

ini kisah ummu sulaim



Hazrat Ummu Sulaim r.anha ialah ibu kepada Hazrat Anas r.anhu. Beliau telah menjadi janda setelah suaminya yang pertama (ayah Hazrat Anas) meninggal dunia. Beliau tidak bernikah buat berapa lama dengan tujuan untuk menjaga anaknya. Kemudian beliau bernikah dengan Hazrat Abu Talhah r.anhu dan mendapat seorang anak yang bernama Hazrat Abu Umair r.anhu. Apabila Rasulullah saw pergi ke rumahnya, Baginda saw akan bermain-main dengan Hazrat Abu Umair r.anhu.

Pada suatu hari secara tiba-tiba Hazrat Abu Umair r.anhu telah meinggal dunia. Hazrat Ummu Sulaim r.anha memandi dan mengkafankannya lalu meletakkannya di atas  sebuah katil. Pada hari itu, Hazrat Abu Talhah r.anhu sedang berpuasa. Hazrat Ummu Sulaim r.anha menyediakan makanan untuk berbuka puasa dan beliau pun turut menghiaskan diri serta memakai wangi-wangian.

Pada waktu malam itu suaminya pun pulang dan setelah selesai makan beliau pun bertanya keadaan anaknya. Hazrat Ummu Sulaim r.anha berkata, “Sekarang nampaknyya dia begitu tenang, dia sudah sembuh sepenuhnya.”

Oleh sebab itu, Hazrat Abu Talhah r.anhu berpuas hati. Pada malam itu mereka pun bersatu. Apabila beliau bangun pada waktu pagi Hazrat Ummu Sulaim r.anha pun berkata,    “Saya ingin menanyakan suatu perkara, sekiranya seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, apabila diminta apakah harus dia memulangkan barang itu ataupun menyimpan dan tidak memulangkan barang itu?”

Hazrat Abu Talhah r.anhu berkata,”Sudah pasti barang itu patut dipulangkan. Apakah haknya untuk menyimpan barang itu? Barang yang dipinjam semestinya dipulangkan.”

Setelah mendengar kata-kata itu, Hazrat Ummu Sulaim r.anha berkata, “Anak abang, Abu Umair r.anhu yang merupakan amanah Allah swt telah diambilNya kembali.”

Hazrat Abu Talhah r.anhu amat berduka cita dan berkata,”Kamu tidak memberi tahu saya sebelum ini.”

Pada pagi itu, Hazrat Abu Talhah r.anhu telah bertemu dengan Rasulullah saw dan mencerikan keseluruhan kisah itu kepada Baginda saw. Baginda saw pun turut berdoa untuknya seraya bersabda,”Kemungkinnan Allah swt ingin memberikan keberkatan kepada kamu pada malam itu.”

Seorang sahabat Ansar berkata, “Saya melihat keberkatan doa Rasulullah. Hasil hubungan pada malam itu lahirlah Abdullah bin Abu Talhah r.anhu. Abdullah r.anhu mendapat sembilan orang anak yang kesemuanya merupakan qari al-Quran.” (Bukhari, Fathul-Bari)

Keterangan:
Kisah ini menunjukkan sifat kesabaran dan ketabahan Hazrat Ummu Sulaim r.anha menghadapi kematian anaknya dan bagaimana beliau mengawal perasaannya supaya tidak dirasai oleh suaminya bahawa sesuatu telah berlaku. Sebabnya ialah, sekiranya suaminya mengetahui perkara itu beliau tidak akan berselera makan sedangkan suaminya berpuasa ketika itu.

No comments:

Post a Comment